Monday, April 19, 2021

NFH Beauty

Sejarah penubuhan syarikat NFH Beauty (SWGuava)

Assalamualaikum dan hai semua😍

Alhamdulillah harini dah hari ke 7 kita berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak 😁

Pernah tertanya SWGuava ni di bawah syarikat ape?? Uolls kena tahu yang produk SWGuava adalah di bawah syarikat NFH Beauty💗okay jom admin ceritakan sejarah penubuhan syarikat NFH Beauty, orang cakap kalau tak kenal maka tak cinta😉 eh maka tak tahu. 

Dulu dikenali sebagai Alhiyya yang dikendali oleh founder kami, Puan Farah dan Encik Al-Imran tapi sekarang kami dah tukar nama syarikat official kepada NFH Beauty. Syarikat kami terletak di Kampung Laut, Kuala Terengganu. Nak tahu location? Boleh wasap kami terus (tekan sini). Location kami masih dalam proses daftar di google, in shaa Allah kami setting secepat mungkin. 

Korang nak tahu lebih lanjut mengenai NFH Beauty?? Boleh terus klik sini untuk direct ke instagram nfhbeautyofficial💗

Founder NFH Beauty, Puan Farah dan Encik Al-Imran

Masa awal penubuhan syarikat ini adalah untuk menampung kos perkahwinan kerana Puan Farah masih menyambung pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin(Kampus Gong Badak) tahun akhir dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan Islam). 

Semua urusan melibatkan perbelanjaan adalah 100% di bawah tanggungjawab beliau. Oleh kerana itu, beliau bersungguh-sungguh dalam memajukan syarikat ini. 

Kemudian beliau menguruskan perniagaan bersama-sama dengan suaminya.

Lokasi Pejabat NFH Beauty


Pejabat kami berada di atas Dobi Sara, banner otw uolls memandangkan kami masih baru buka official office pada bulan Februari 2021 alhamdulillah 😊 Jangan lupa support kami tau hehe. Setiap kebaikan anda lakukan semoga berbalik kepada kalian juga in shaa Allah.


Keadaan office NFH Beauty sebelum beroperasi sepenuhnya

Office NFH Beauty setelah beroperasi

Alhamdulillah setelah bekerjasama menyiapkan office kami, akhirnya kami beroperasi sepenuhnya 1 March 2021. Urusan pengeposan dan lain-lain urusan bisnes dulu kami buat kat rumah founder, Puan Farah jadi sekarang kami buat semua urusan di pejabat. 


Sesi pengeposan produk kami

Terima kasih singgah di blog NFH Beauty 💗 in Shaa Allah kami update dari semasa ke semasa mengenai syarikat dan produk kami. 







No comments:

Post a Comment

NFH Beauty

Sejarah penubuhan syarikat NFH Beauty (SWGuava) Assalamualaikum dan hai semua😍 Alhamdulillah harini dah hari ke 7 kita berpuasa di bulan Ra...